68 balai, pondok polis di Terengganu tingkat tahap keselamatan

Tahap keselamatan di balai dan pondok polis ditingkatkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ekoran kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata, semua tujuh ibu pejabat polis daerah, 36 balai polis dan 32 pondok polis di negeri itu sentiasa siap siaga dalam memastikan keselamatan premis polis serta premis berkepentingan utama di Terengganu berada di dalam tahap yang tinggi.

“Masyarakat di negeri ini tidak perlu khuatir akan keselamatan kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melakukan pemantauan dan risikan dalam memastikan keselamatan negeri ini di tahap yang terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua anggota polis, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar masing-masing berusia 24 dan 22 tahun maut dalam serangan pada 2.45 pagi semalam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan yang cedera dikenali Koperal Mohd Hasif Roslan cedera dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

BACA JUGA Pas dikecam balun polis bukannya hentam fahaman ekstremis

Â