Heboh Nurul Izzah jumpa Menteri China, rupanya bertemu atas kapasiti ini…

Heboh di media sosial apabila Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan Menteri China, Liu Jianchao, di Beijing.

Pertemuan itu mengundang tanda tanya, atas kapasiti apa Nurul Izzah bertemu menteri terbabit sedangkan beliau bukan seorang menteri atau wakil rakyat.

Gambar pertemuan itu turut tersebar di media sosial.

Namun untuk pengetahuan, pertemuan tersebut adalah jemputan khas daripada Kerajaan Republik Rakyat China (PRC) kepada PKR sempena ulang tahun ke 50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan PRC.

Kehadiran Nurul Izzah ketika itu atas kapasiti sebagai Naib Presiden parti.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh PKR, lawatan dengan turut disertai 50 delegasi itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan China sejak termeterainya Kenyataan Bersama antara Tun Abdul Razak dan Zhou Enlai pada tahun 1974 lalu.

Sementara itu, dalam pertemuan tersebut Liu berkata, di bawah bimbingan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hubungan China-Malaysia menikmati pembangunan yang kukuh.

Liu berkata, pihaknya menghargai hubungannya dengan PKR dan bertujuan meningkatkan pertukaran peringkat tinggi, komunikasi strategik dan kerjasama melalui platform ‘parti politik+’ untuk mengukuhkan hubungan dua hala.

BACA JUGA Pas dikecam balun polis bukannya hentam fahaman ekstremis

Â