Padah masak mi segera di stesen minyak, polis dedah berapa ramai kena cekup
Polis menahan 15 individu berhubung kes tular di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini yang melibatkan aktiviti memasak mi segera.
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, tangkapan itu membabitkan 10 lelaki dan lima wanita selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.
Kesemuanya dibebaskan dengan jaminan polis selepas merakam keterangan mereka.
“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan empat saksi ketika kejadian juga sudah dirakam percakapan mereka bagi membantu siasatan.
“Kita juga akan merujuk kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya,” katanya lapor Harian Metro, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dilapor berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 12.35 tengah hari 14 Mei lalu, berhubung klip video memaparkan sekumpulan individu melakukan perbuatan itu, yang tular di media sosial.
“Hasil siasatan mendapati klip video itu dimuat naik pada 13 Mei sebelum tular di laman sosial X.
“Klip video berdurasi kira-kira 50 saat memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak stesen minyak berkenaan,” katanya.
BACA JUGA Terkini: Ebrahim Raisi, semua penumpang sah maut, keadaan helikopter menyedihkan…
Â