Terdedah rakaman helikopter ditemui tapi situasi tak berapa baik 

Saluran berita nasional Iran, Irna News Agency hari ini mengeluarkan rakaman yang mendedahkan lokasi penemuan helikopter dinaiki Presiden Iran Ebrahim Raisi.

Ketua persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Pirhossein Koolivand menyatakan hari ini bahawa helikopter yang hilang telah ditemui tetapi situasi adalah ‘tidak baik’.

“Helikopter itu telah ditemui. Kami sedang menuju ke arah bangkai helikopter tersebut,” katanya seperti dilapor media.

Kehilangan beliau mencetuskan operasi mencari besar-besaran dengan pasukan penyelamat menyusuri kawasan pergunungan, namun bergelut dengan keadaan cuaca buruk.