Bukan setakat KDNK melepasi jangkaan, hampir semua sektor melonjak tahun ini
Ekonomi Malaysia pada suku pertama 2024 amat memberangsangkan pada kadar 4.2 peratus, sekaligus mengatasi anggaran kebanyakan pihak yang mengunjurkan pada kadar 3.9 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meski dalam suasana ekonomi dunia yang terus dalam ketidaktentuan, hampir kesemua sektor telah melonjak dan memangkin pertumbuhan buat suku pertama tahun 2024.
Antaranya termasuklah pasaran buruh berkembang 2.1% menjadikan jumlah tenaga kerja meningkat kepada 16.4 juta.
Kadar inflasi pula kekal rendah pada 1.7% ketimbang 1.6% pada suku keempat 2023.
“Bagi empat bulan pertama 2024, jumlah dagangan Malaysia
berkembang 8.3% kepada RM912.27 bilion.
“Kita juga kekal mencatat lebihan dagangan berjumlah RM41.83 bilion.
“Dan yang lebih membanggakan, kita telah mencapai paras FBM KLCI melepasi 1,600 mata dan nilai pasaran ekuiti domestik mencecah angka tertinggi dalam sejarah sebanyak RM2 trilion,” katanya dalam Perutusan Negara malam ini.
Â