‘Kalau internet capai 5G, fitnah boleh capai 8G’ – Fahmi sindir siapa?

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan semua pihak agar lebih berhati-hati dengan sebarang mesej yang diterima secara atas talian.

”Hari ini kita telah mendapat internet berkelajuan tinggi ada 5G di KL Sentral, tapi masalahnya dengan internet yang lebih laju, murah dan meluas, kadangkala fitnah lebih laju daripada internet kita.

”Tuan-tuan dan puan-puan, saya menteri yang ditugaskan untuk membantu mendapatkan internet untuk semua. Kalau internet dah capai 5G, kadangkala fitnah capai 7G, 8G.

”Jadi saya minta bantuan semua untuk sentiasa berhati-hati dengan sebarang mesej yang kita terima dalam Facebook, Whatsapp dan apa jua platform media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu sedutan video dimuat naik Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, di Facebook miliknya hari ini.

Dalam video tersebut, Fahmi turut mengingatkan masyarakat agar menyemak dahulu kesahihan sesuatu maklumat itu sebelum menyebarkannya.

”Jangan terlalu pantas kita share, like, repost sehinggalah kita sahkan maklumat yang kita terima itu,” katanya lagi.

BACA JUGA Kecoh anak bekas YB bergaduh, ini status siasatan