Kecoh anak bekas YB bergaduh, ini status siasatan
Kecoh di media sosial seorang anak kepada bekas wakil rakyat bergelar ‘Datuk’ di Pulau Pinang terlibat dalam pergaduhan.
Rakaman video yang tular itu membabitkan sekumpulan individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di Georgetown, baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, belum ada tangkapan dibuat setakat ini.
“Punca kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya, dipetik BH.
Rakaman video pergaduhan berdurasi 43 saat di kafe berkenaan difahamkan berlaku jam 1 pagi pada 11 Mei lalu.
Seorang pemuda 18 tahun yang membeli air di kafe itu didatangi dua lelaki dan seorang wanita lalu didakwa dipukul pada muka tanpa sebab.
Ekoran itu, dua rakannya, masing-masing lelaki berusia 19 tahun dan wanita berusia 26 tahun, datang serta cuba meleraikan pertengkaran tersebut.
Rakan lelaki berkenaan akhirnya turut ditumbuk pada muka dan perut serta ditendang pada belakang badan.
Sementara itu, rakan wanita pula ditumbuk di bahagian perut dan belakang badan.
Semua mangsa terbabit dikatakan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Timur Laut, dua hari kemudian.
BACA JUGA Bila ‘Type K’ susah cari kerja…
Â