Pas terus semai fikrah Khawarij, samakan kekalahan PRK KKB dengan Perang Uhud
Oleh AHMAD MURSI
Selepas kalah di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu (KKB), Pas samakan kekalahan Nabi Muhammad dalam Perang Uhud.
Itu fikrah Khawarij yang terus disemai oleh YB Pas, Fadhli Syaari yang meniup api perkauman semasa kempen PRK KKB.
Perang Uhud adalah jihad Al-Qital (perang) kerana tentera Musyrikin menyerang Madinah.
Pas hanya bersaing pilihan raya melawan Kerajaan Madani yang majoriti Muslim bersama warganegara bukan Muslim lain manakala Raja-Raja Melayu sebagai tonggak.
Ini medan ‘fastabiqul khairat’ atau berlumba-lumba membuat kebaikan dan bukan medan perang seperti cara fikir Pas.

Menyalah tafsir nas di luar konteks sering berlaku kepada kelompok Khawarij yang akibatkan berlaku ghuluw (pelampau).
Semua yang lawan Pas dianggap sekular kuffar dan hanya mereka di pihak Islam. Sebab itu, dijadikan Perang Uhud sebagai perbandingan.
Bersatu dan Gerakan tidak pula dianggap sekular oleh ustaz Pas walaupun mereka sama seperti UMNO, PKR, AMANAH dan DAP.
Pas tidak boleh lepas tangan selepas berlaku siri-siri perbuatan ganas seperti di Ulu Tiram atau Memali dan siri-siri ugutan kerana fikrah itu yang mereka semai dalam minda masyarakat.
Pas tidak bersaing dengan isu polisi dan dasar, tetapi bersaing dengan isu akidah sebagai senjata politik yang mereka tohmah sebagai sekular, liberal dan lain-lain.
Lagi kuat Pas mainkan isu akidah maka lebih yakinlah kita bahawa inilah fenomena Khawarij.
Khawarij lahir bukan kerana mereka menjauhi agama seperti komunis.
Sebaliknya, Khawarij lahir kerana mereka ‘terlajak’ dan ghuluw dalam beragama yang Nabi Muhammad SAW umpamakan mereka seperti anak panah yang terkeluar dari busurnya.
BACA JUGA Kecoh anak bekas YB bergaduh, ini status siasatan