PM Anwar buat Perutusan Negara, rakyat wajib dengar malam ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Perutusan Negara secara langsung, pada jam 9 malam ini.

Perdana Menteri dijangka menyentuh beberapa perkara berhubung isu dalam dan luar negara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Perutusan Negara akan disiarkan secara langsung menerusi semua saluran media tempatan.

“Ruang ini akan saya manfaatkan untuk menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara.

“Mohon rakan-rakan ikut serta, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri menerusi laman sosial rasminya hari ini.

BACA JUGA Terkejut terima panggilan Ebit Lew tidak berbaju 3.40 pagi