‘Dia punya fitnah dah setara Dajjal’, heboh wanita Indonesia dakwa tak dengar azan di tiga negeri dan wilayah ini

Heboh di media sosial dakwaan seorang wanita warganegara Indonesia kononnya langsung tidak mendengar azan ketika berada di Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Di ibu negara, sembangnya, dia tidak mendengar azan berkumandang semasa pagi sekaligus mengundang kecaman orang ramai memandangkan masuk waktu solat Subuh pun sebelum jam 6 pagi.

Menerusi TikTok @pinotdiah, wanita bertudung berkenaan mendakwa dia hanya mendengar suara azan menerusi aplikasi sahaja.

Walau bagaimanapun, dia kemudiannya memohon maaf selepas dihujani cemuhan.

“Mohon dibukakan pintu maaf yang sedalam-dalamnya kepada masyarakat Malaysia atas video saya yang tular dengan kurangnya info-info yang seharusnya saya utarakan.

“… tidak ada maksud berbohong ataupun fitnah. Saya harap sebelum komentar dibaca baik-baik keterangan di video saya,” katanya.

Rata-rata rakyat Malaysia hairan dengan dakwaan wanita negara jiran itu memandangkan terdapat 6,810 masjid dan 18,367 surau di seluruh negara setakat ini.

“Dia punya level fitnah tu bagi aku dah setara dengan Dajjal. Baguslah dia cepat-cepat bertaubat dan minta maaf. Benda yang dia cakap tu bukan setakat azan je tapi berkaitan dengan rumah Allah – masjid dan surau!” demikian antara komen pengguna X.

Ada juga yang berseloroh ingin azankan wanita berkenaan di telinga selain cuba bersangka baik keadaan dialaminya itu kes terpencil sama seperti orang yang pergi Mekah tetapi tidak Nampak Kaabah.

“Kau nak dengar azan macam mana, masa azan tu kau berhibur. Mustahil Malaysia tak dengar azan.

“Kita husnuzon mungkin ini kes terpencil macam kes orang pergi Mekah tapi tak nampak Kaabah,” kata netizen lagi.

Tidak kurang juga yang berpendapat berkemungkinan dia masih ikut sistem waktu Indonesia.

“Kalau dia tunggu azan tengok waktu solat di Indonesia memang tak dengarlah.

“Bangun entah pukul berapa nak dengar azan apanya. Azan bukan 24 jam dia nak ke sana sini dengar azan.

“Duduk di kawasan Cina yang tak ada masjid pun sebenarnya boleh saja dengar azan sayup-sayup kedengaran dari Kawasan sekeliling,” bidas warganet lagi.

@pinotdiah

Mohon di buka kan pintu maaf yg sedalam2 nya kepada masyarakat #malaysia 🙏🙏 Atas VT saya yg viral dgn kurang nya info2 yg seharus nya saya Utara kan sebelum VT itu naik 🙏🙏 Krn tidak ada maksud berbohong atau pun fitnah .. saya harap sebelum komentar di baca baik2 keterangan di VT saya 🙏🙏 #cintadamai #malaysiatiktok #malaysianupdate #berandamalam #vtviral #vttiktok #adzan #suaraadzan #hamba #hambaallah #mohonmaaflahirdanbatin 🙏🙏🙏 @apisangler @akmal_1.8.2k @gengpantai @xda_hati00 @massiki67

♬ Musik Relaksasi – Formasi

BACA JUGA Pemilik resort dikompaun RM25,000 selepas tular pesta dosa ‘Aloha’