Tren KTMB sejak 2021 disewa khas, tiada minuman alkohol antara syarat ditetapkan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah menyatakan akan lebih tegas dalam garis panduan dan acara yang akan diadakan di tren pada masa hadapan.

“KTMB sudah menyatakan sejak 2021, tren itu disewa khas untuk aktiviti korporat dan sebagainya.

“Aktiviti terbabit mungkin tidak dinyatakan dengan jelas kepada KTMB.

“Namun, ada garis panduan ditetapkan termasuk tiada minuman alkohol dan sebagainya dan itu ditetapkan sebagai prasyarat.

“Kadang-kala apa yang berlaku itu mungkin di luar kawalan KTMB,” katanya hari ini.

Sebelum ini, tular di media social rakaman video memaparkan suasana pesta di dalam gerabak KTMB yang dipercayai diadakan di Kuala Lumpur.

KTMB dalam reaksinya memaklumkan pihak penyewa mematuhi syarat ditetapkan oleh pihaknya.

BACA JUGA Rupa-rupanya ini sebab seorang anggota Malbatt meninggal dunia di Lubnan

Â