ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

ADUN Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia sebentar tadi.

Berita pemergiannya dikongsikan pegawai beliau yang memaklumkan Nor Zamri meninggal pada jam 1.38 tengah hari tadi.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang.

Jenazah dilaporkan akan disembahyangkan di Masjid Sungai Acheh pada jam 6 petang.

Sebelum ini, Nor Zamri dilaporkan ditempatkan di Wad ICU Hospital Seberang Jaya kerana komplikasi di bahagian perut.

Nor Zamri dimasukkan ke hospital susulan sakit perut dan diberikan ubat tidur untuk membolehkannya berehat.

Selepas beberapa hari diberi rawatan, beliau dilaporkan stabil dan semakin menunjukkan perkembangan positif.

Bagaimanapun sejak semalam tersebar khabar mendakwa beliau sedang kritikal.

Nor Zamri dari Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.

BACA JUGA “You Malaysian ke?”, tular video warga asing kena jerkah beli minyak masak subsidi