Penyokong sepak takraw sempat rakam Hannah Yeoh menangis ketika Malaysia rangkul juara

Buat kali pertama dalam sejarah sukan sepak takraw, Malaysia berjaya menjuarai Kejohanan Piala Dunia ISTAF.

Momen-momen skuad negara menewaskan pasukan Thailand mendapat sorakan gemuruh penyokong yang hadir di Stadium Titiwangsa.

Begitupun, satu rakaman pendek memaparkan reaksi sebak Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menuai perhatian para penyokong sukan sepak takraw.

Menerusi satu video tular di Instagram, penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan itu sempat merakam gelagat Hannah Yeoh yang tidak dapat menahan air mata.

Di ruangan komen, mereka memuji usaha menteri itu dalam menaikkan sukan negara.

“Dia ni walau ramai kecam tapi dia dah usaha nak naikkan sukan negara,” kata amanruff.

“Terima kasih. Nampak yang awak memang ikhlas YB menaikkan sukan Malaysia. Terima kasih para atlet,” kata the boos.

“Walaupun aku tak suka parti dia tapi aku akui dia yang paling banyak buat kerja sebagai menteri belia dan sukan. Tak kisahlah orang nak cakap KPI ke apa tapi dia selalu turun padang. Bangga dengan anda Hannah Yeoh,” komen xar9x.

BACA JUGA Khalid bantah bina perumahan atas kolam tadahan banjir