Indeks Kebebasan Media, ini apa yang dijelaskan Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tampil menjelaskan mengenai dapatan Indeks Kebebasan Media yang dikeluarkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) pada 3 Mei lalu.
Katanya, beliau telah bertemu dengan pihak RSF dan mereka menjelaskan cara analisis itu dilakukan.
”Sebenarnya (tinjauan dilakukan) bukan berasaskan kepada pasukan mereka yang datang ke Malaysia.
”Mereka menerangkan kepada saya bahawa mereka menghantar tinjauan kepada responden dan responden inilah yang mengisinya.
”Jadi, (tinjauan) itu adalah sepenuhnya daripada responden mereka. Bagaimanapun mereka tidak memaklumkan siapa responden-responden itu,” katanya dalam satu video, hari ini.
Menjelaskan lebih lanjut, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, meskipun kedudukan Malaysia jatuh 34 anak tangga berbanding di kedudukan 73 pada tahun lepas, namun pada asasnya tiada apa yang berubah.
Katanya, pada 2022, 2023 dan 2024 tidak ada golongan wartawan yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
”Media yang diharamkan pun tak ada.. wartawan yang terbunuh di Malaysia kerana bertugas pun tak ada.. alhamdulillah..
”Tiba-tiba naik, tiba-tiba turun (kedudukan), jadi sebab itulah indeks ini adalah perbandingan..
”Ia membandingkan beberapa kategori dan beberapa perkara antara satu set.. mungkin dia samalah kalau kita tengok macam Indeks Harga Pengguna.
”Ia adalah perbandingn dalam satu masa ke satu masa, tapi untuk Indeks Kebebasan Media ini, dia satu tahun ke satu tahun,” jelas beliau lagi.
BACA JUGA http://Negeri ‘Bey sobar bey’ panas terik cecah 40 darjah Celsius berterusan tiga hari
Â