Keputusan SPM boleh diketahui pagi ini

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi 395,870 calon boleh diketahui mulai pagi ini.

Semua calon SPM 2023 boleh menyemak keputusan masing-masing bermula 10 pagi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara dalam talian mulai pukul 10 pagi ini.

Semakan melalui SMS boleh dibuat dengan menaip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sementara itu, bagi mereka yang tiada akses capaian boleh hadir sendiri ke sekolah bagi mendapatkan keputusan.

Walaupun kali ini keputusan SPM diumumkan dalam suasana cuti persekolahan, namun ibu bapa atau calon mempunyai pilihan untuk membuat semakan keputusan.

BACA JUGA Tabika Kemas akan lahir 100,000 huffaz cilik