Pelajar B40 ini berita baik untuk anda

Yayasan AMANAH akan mengadakan satu taklimat dan sesi temuduga terbuka mengenai dana pendidikan Nilai University 2024 – Program Dermasiswa B40 Parlimen Sepang.

Menurut kenyataan di Facebook Yayasan AMANAH, program yang dikhaskan untuk pelajar kategori B40 itu dijadual berlangsung 8 Jun depan iaitu pada hari Sabtu.

“Waktu taklimat dan temuduga terbuka itu akan dijalankan bermula jam 9 pagi sehingga 3 petang.

“Lokasinya adalah di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang.

“Cara permohonan menggunakan keputusan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma,” maklum yayasan itu.

Slot temuduga boleh diperolehi menerusi pautan https://forms.gle/W2qMx3BpfR4vpTEt9

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut pula, boleh menghubungi Yayasan Amanah di talian Whatsapp https://wa.me/601151175009

Untuk rekod, Yayasan AMANAH ditubuhkan atas dasar kesedaran dan keinsafan untuk melihat semua insan diberi kesempatan khususnya belia remaja untuk sama-sama terlibat dalam arus perdana pembangunan negara.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan AMANAH, Datuk Dr Hasan  Bahrom berkata, ketidakupayaan mereka melangkah lebih jauh dalam arus perdana pendidikan negara harus dicakna sebaik mungkin agar daya fikir dan tenaga golongan itu dapat dibangunkan dan boleh memberi manfaat kepada masyarakat serta negara.

BACA JUGA Apa sebabnya 10,160 calon SPM 2023 tidak hadiri peperiksaan?