Mat Sabu lancar buku Husam, beri gambaran hubungan baik
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini melancarkan buku bertajuk ‘Wagyu Bukan Sekadar Lembu’.
Buku yang baru dilancarkan di di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur itu adalah hasil karya mantan naib presiden AMANAH, Datuk Husam Musa.
Meskipun Husam tidak lagi bersama AMANAH, namun perasmian oleh Mohamad yang juga Presiden AMANAH, menggambarkan hubungan baik antara kedua-dua tokoh itu.
“Beliau (Husam) memang minat pertanian sejak dulu lagi.
“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau dan semua yang terlibat dalam penerbitan buku yang sarat dengan ilmu dan penternakan wagyu ini.
“Perkongisannya lengkap daripada segi aspek khasiat, penjagaan, kos penternakan dan sebagainya,” katanya dalam ucaptama majlis pelancaran buku itu.
Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berharap, buku seperti itu perlu diperbanyakkan lagi dalam pasaran tempatan.
Katanya, ia bertujuan untuk meluaskan ilmu terutamanya berkaitan penternakan dan pertanian bagi melahirkan generasi kemahiran.
Pelancaran buku tersebut juga adalah sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang bermula 24 Mei lalu hingga 2 Jun ini.
BACA JUGA Nama Malaysia di bibir rakyat Palestin walaupun jauh beribu batu