Hanya yang buta perut tidak nampak segala kebaikan diusahakan Kerajaan Madani
Oleh DESA HM
Anda nak cakap apa tentang Kerajaan Madani, silakan. Bagi saya, janji sebuah kerajaan yang tidak songlap duit rakyat, dan berusaha untuk memberikan kehidupan selesa kepada rakyat.
Beberapa kelemahan, itu biasa. Mana ada di dunia ni yang sempurna. Sebagai manusia, semua orang ada kelemahan dan kekurangan.
Yang penting, dalam banyak-banyak kerajaan yang telah kita lalui sebelum ini, setakat hari ini yang tidak sampai dua tahun usianya, kerajaan Madani adalah yang terbaik.
Tidak kedengaran lagi dalam kerajaan, ada anak menteri yang seludup minyak masak paket.
Belum ada lagi menantu yang lari bersembunyi di luar negara. Belum ada lagi, anak pemimpin yang buat tuntutan palsu, konon bekalkan minuman kepada Raja. Yang itu belum ada, dan harap-harap kalau ada, pihak berkuasa, sila ambil tindakan segera.

Walaupun masih setahun jagung, banyak perkara kebaikan telah dapat dirasai oleh rakyat.
Keberanian kerajaan dalam pendekatan merasionalisasi subsidi memang patut dipuji. Contoh terbaik, bagaimana apabila dipotong subsidi harga ayam, harga ayam menjadi lebih rendah.
Begitu juga subsidi tarif elektrik untuk golongan kaya. Akhirnya berpuluh juta ringgit dapat diselamatkan dan dipulangkan kepada rakyat bawahan yang lebih memerlukan.
Antaranya, bonus RM2,000 dan duit raya RM500 untuk penjawat awam belum pernah lagi diberikan oleh mana-mana kerajaan sebelum ini.
Malah, hujung tahun ini, nak naikkan lagi gaji, paling minima pun 15 peritus. Perkara itu sudah berbelas tahun tidak pernah dikaji.
Kami veteran tentera pun macam-macam perkara kami sudah dapat dengan peruntukan yang besar untuk bina rumah baru dan baik pulih rumah uzur.

Ini ditambah lagi dengan bantuan sara hidup bersasar, RM300 setiap bulan kepada veteran tidak berpencen selepas umur 60 tahun.
Itu pun tidak pernah difikirkan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu sebelum ini.
Memanglah RM300 tu seciput tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu membuktikan kerajaan hari ini menghargai jasa dan pengorbanan kami yang rata-ratanya berkhidmat sewaktu negara berdepan dengan ancaman dan serangan pengganas komunis pada satu masa dahulu.
Terima kasih Kerajaan Madani.
Rakyat kebanyakan dah nampak kebaikan-kebaikan yang diusahakan.Yng tak nampak, walaun buta perut saja.
BACA JUGA Akal bakal pengundi muda membimbangkan, dah boleh agak rupa ‘content creator’ generasi ini nanti
Â