Lagi tamparan buat Netanyahu, Menteri Pertama Scotland desak UK iktiraf Palestin
Bapa Pengganas Dunia, Benjamin Netanyahu terus menerima tamparan dunia dengan semakin ramai pemimpin dan masyarakat antarabangsa mengutuk kempen genosid yang dilakukannya terhadap Palestin.
Terbaharu, Menteri Pertama Scotland, John Swinney berpendapat, United Kingdom (UK) perlu mengikut langkah Ireland, Sepanyol dan Norway untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Beliau juga mahu UK menghentikan penjualan senjata kepada Israel yang telah membunuh sekurang-kurangnya 36,096 orang dan mencederakan 81,136 rakyat Palestin sehingga semalam.
“Kita berdepan krisis kemanusiaan di Gaza.
“Ia sudah berlarutan selama beberapa bulan dan ia mencapai satu tahap yang tidak boleh dibayangkan.
“Apa yang penting adalah untuk menguatkuasakan gencatan senjata dengan segera. Bencana ini perlu dihentikan.
“Kita perlu menghentikan penjualan senjata. Kita perlu mengambil langkah untuk menstabilkan situasi.
“United Kingdom juga perlu menyertai negara-negara Eropah yang lain seperti Ireland dan Sepanyol untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas,” tegasnya.

Sepanyol, Ireland dan Norway secara rasmi menyertai 144 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.
Langkah itu dialu-alukan pihak berkuasa Palestin atau Palestinian National Authority, yang mentadbir Tebing Barat.
Israel sebaliknya mengecam keputusan itu dan mendakwa ia ibarat memberi kelebihan kepada Hamas.
Netanyahu ketika pembunuhan beramai-ramai di Gaza sudah melepasi 200 hari terus diasak kutukan dan tekanan termasuk dari penduduk Israel sendiri.
Protes jalanan di Tel Aviv yang dihadiri ribuan penduduk Israel kerap diadakan.
Mereka mendesak kerajaan Netanyahu segera membawa pulang baki tebusan yang ditahan di Gaza.
BACA JUGA Ini senarai 15 tawaran biasiswa buat lepasan SPM 2023
Â