Rupanya ini sebab kenapa Ahmad Zahid arah MARA peruntuk RM5 juta setahun
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan RM5 juta setahun bagi membantu pemohon persijilan halal mengikuti model bimbingan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sekali gus sijil halal dapat dikeluarkan dalam tempoh singkat.
Beliau dalam satu kenyataan di Facebook menyifatkan, industri halal mempunyai potensi yang besar kepada negara.
”Pada tahun 2023 kadar sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) direkodkan pada kadar 7.9 peratus dengan jumlah eksport produk halal sebanyak RM53.72 billion, iaitu 3.8 peratus berbanding jumlah keseluruhan eksport negara yang berjumlah RM1.426 trillion.
”Saya berharap usaha yang dilakukan ini akan membawa kebaikan dan diteruskan oleh generasi akan datang agar Malaysia dapat mendominasi pasaran halal global yang berpotensi besar,” tulis beliau di laman sosialnya itu.
Sempena Pensijilan Halal Malaysia menyambut ulang tahun yang Ke-50 tahun ini, Ahmad Zahid menyeru agar semua pihak perlu bergerak lebih pantas.
”Lebih-lebih lagi usia lima dekad ini pastinya telah membuatkan Pensijilan Halal Malaysia lebih matang setelah melalui pelbagai pencapaian memberangsangkan dan pengiktirafan sehingga ke peringkat antarabangsa,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Terdahulu Ahmad Zahid telah hadir ke Johor bagi merasmikan Program Halal On Track di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.
Katanya, sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia, beliau memilih Johor sebagai tuan rumah penganjuran program berkenaan disebabkan komitmen yang luar biasa dalam membangunkan potensi produk dan perkhidmatan halal, termasuk menubuhkan Iskandar Halal Park.
BACA JUGA Selepas Syed Saddiq dakwa Muar masih belum terima peruntukan, pendedahan Fadillah ini mengejutkan
Â