Ada orang hantar bom masuk dalam bangunan kementerian Tiong King Sing

Kakitangan dan pelawat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Putrajaya diarah untuk mengosongkan bangunan susulan ancaman bom di tingkat 14 bangunan tersebut.

Mereka telah pun mengosongkan bangunan sekitar jam 3.40 petang selepas terdapat sebuah bungkusan dipercayai bom didalamnya.

Bungkusan dipercayai mengandungi bom itu telah dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran, menurut laporan Astro Awani.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Unit Pemusnah Bom dilapor telah berada di lokasi kejadian.

Dilaporkan kakitangan juga telah melihat bungkusan itu dan mempercayai ia adalah bom.

BACA JUGA Demi redakan keadaan, Ustaz Don Daniyal direhatkan

Â