Pas pergi mana masa rumah penduduk Jalan Atas Paloh kena roboh? – Netizen tanya

Berikutan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak yang menyaksikan pembangkang begitu ghairah bersuara, pengguna media sosial bertanya di manakah suara blok itu ketika penduduk Jalan Atas Paloh, Kota Bharu mengalami nasib sama.

Jika dibandingkan, penduduk di Jalan Atas Paloh yang rumahnya diroboh waktu itu adalah rakyat Kelantan sendiri.

Namun di Kampung Sri Makmur, kawasan itu sudah ‘dikuasai’ oleh kumpulan warga asing.

Maka dengan itu, kerajaan Selangor di bawah Datuk Seri Amirudin Shari telah memberikan pampasan dan penempatan semula kepada penduduk asal sahaja.

Exco Kelantan Hilmi Abdullah ketika Sidang DUN negeri itu pada Mac tahun ini pernah berkata, mengikut undang-undang semua penduduk setinggan yang duduk di tanah milik kerajaan tidak layak menerima sebarang pampasan.

Justeru warganet mempersoal mengapa pembangkang terutama Pas beria mahu dilihat juara dalam soal Kampung Sri Makmur, sedangkan kumpulan itu juga yang mengabaikan penduduk Kampung Atas Jalan Paloh.

“Yang dekat Kelantan tu sah-sah orang Kelantan tapi kena hambat juga. Yang dekat Selangor ni sah-sah majoriti bukan orang asal Selangor, logik juga kena hambat,” komen pengguna X @iktopek.

Serangan balas netizen terhadap Pas berikutan Ketua Pemuda Pas Selangor Mohamed Sukri Omar terus membangkitkan soalĀ  al-Quran yang didakwanya tertimbus di bawah runtuhan rumah di Kampung Sri Makmur.

Menurut mereka, Pas cuba mengalihkan isu sebenar, menggunakan isu al-Quran untuk menyerang kerajaan.

Untuk rekod perobohan rumah di Kampung Sri Makmur dilakukan selepas banyak peluang telah diberikan kepada penduduk kampung berkenaan sejak tiga tahun lepas

Notis berpindah dari perkampungan itu juga sebenarnya telah dikeluarkan lebih awal sejak 2006 namun terdapat penduduk yang enggan mematuhi arahan berkenaan.

BACA JUGA Dosa terampun kalau Pas menang pilihan raya? Inilah Khwarij