Selamba curi kereta di stesen minyak, akhirnya ini nasib lelaki itu
Seorang lelaki dengan selamba melarikan sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Semambu, Kuantan tempoh hari, kini sudah diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, yang mengesahkan penahanan itu turut memaklumkan bahawa kereta yang dicuri itu juga ditemui.
“Ya, suspek telah ditahan di Bentong, kereta itu sudah ditemui,” katanya lapor BH, hari ini.
Petang kelmarin, dalam kejadian jam 3.10 petang, warga emas berusia 68 tahun bersama suaminya, 77 dan anak perempuan yang juga pemilik kereta, 38, singgah di stesen minyak tersebut.
Sebaik anak perempuan keluar dari kereta, suspek berkenaan masuk dan melarikan kenderaan itu ketika warga emas berada di tempat duduk penumpang hadapan.
Ketika kejadian, suami warga emas itu berada di tandas di stesen minyak itu.
Mangsa ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak itu tanpa kecederaan, manakala suspek terbabit terus melarikan kereta berkenaan.
BACA JUGA Lepas SPM keluar, 22 badan biasiswa menanti pelajar cemerlang
Â