‘Sekolah-sekolah Pas’ jadi pilihan rakyat, warganet bidas gaji guru Pasti kalah buruh asing
Seorang tentera siber Perikatan Nasional (PN) mengundang kecaman warganet di laman X apabila mendakwa ‘sekolah-sekolah Pas’ menjadi pilihan rakyat.
Malah, @saythenameay menganggap Pakatan Harapan (PH) lemah dan lembab serta hanya tahu berpolitik macam tahi.
“Dalam pada walanon terencat nak main isu Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam), makin ramai orang hantar anak-anak ke situ.
“Termasuklah ke SRITI (Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam) dan SMITI (Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam).
“Sekarang, sekolah-sekolah Pas pun dah jadi pilihan rakyat.
“Malangnya, PH kekal di tampuk yang sama. Lemah dan lembab seperti biasa dan hanya tahu berpolitik macam tahi,” katanya.
Rata-rata warganet mencemuh dakwaan tentera siber Pas itu dengan mengingatkan bahawa gaji guru Pasti jauh lebih rendah daripada buruh asing.
“Guru Pasti dibayar gaji rendah dari Bangla. Anak-anak Pak Lebai Pas dapat jawatan dan bergaji tinggi dalam kerajaan negeri.
“Kesian cikgu Pasti jadi mangsa buruh kasar Pas.
“Lebai bangsawan T20. Guru Pasti sikit bawah daripada B40 lebih kurang miskin tegar,” demikian antara kecaman netizen.
Dalam masa sama, ada yang turut mengingatkan bahawa semua pihak termasuk institusi Pendidikan dikelolakan Pas perlu mematuhi peruntukan dalam Akta Kerja 1955 (Akta 265) berkaitan isu gaji minimum.
“Gaji minimum yang digubal bukan untuk kerajaan sahaja tetapi menyeluruh kepada semua majikan seluruh Malaysia,” tulis pengguna X, @saime_panje.
Pasti adalah milik Pas dan tidak didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden pernah mendakwa Pasti adalah aktiviti sukarelawan membabitkan ahli parti, bukannya antara pekerja dengan majikan, selain ia bukan aktiviti perniagaan.
Sebelum ini, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung (JTKSM) mengarahkan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti, SRITI dan SMITI, yang didakwa membayar gaji petugas di bawah kadar gaji minimum.
Guru Pasti didakwa dibayar serendah RM500, bergantung yuran dibayar ibu bapa.
Bahkan, kadar gaji guru Pasti berbeza mengikut kawasan, selain dilaporkan tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta tiada pencen dan tuntutan kerja lebih masa.
Â