Genap lapan bulan genosid, kumpulan pro-Palestin berhimpun di luar Rumah Putih hari ini
Genap lapan bulan pembunuhan beramai-ramai atau genosid di Palestin khususnya di wilayah terkepung Gaza, aktivis akan berhimpun di luar Rumah Putih hari ini.
Mereka terus menuntut agar perang di Gaza dihentikan serta sokongan Amerika Syarikat (AS) kepada Israel juga segera ditamatkan.
Ekoran gerakan massa memperjuangkan keadilan buat Palestin itu, Rumah Putih memasang pagar antipanjat sebagai langkah keselamatan tambahan.
Demonstrasi itu dirancang diadakan hari ini yang menandakan lapan bulan perang Israel di Gaza yang membunuh puluhan ribu orang, menurut kumpulan advokasi dan aktivis seperti CODEPINK dan Council on American Islamic Relations.
Mereka menegaskan bahawa genosid dilakukan zionis Israel telah mengakibatkan krisis kemanusiaan dengan kebuluran dan kemusnahan secara meluas.
Sejak serangan ganas berterusan Israel di Gaza, AS yang juga sekutu utama Israel diasak dengan protes pro-Palestin bermula dari perarakan di Washington DC dan perhimpunan berhampiran Rumah Putih.
Aksi unjuk rasa mengecam kekejaman Israel juga turut menyekat jambatan dan jalan berhampiran stesen kereta api serta lapangan terbang di beberapa bandar malah kempen pro Palestin bersemarak di kebanyakan kampus university terkemuka.
Sejak jutaan rakyat Israel kehilangan tempat tinggal dan hilang sumber pendapatan, sekurang-kurangnya lapan pegawai meletak jawatan dalam pentadbiran Presiden Joe Biden sebagai menentang dasar beliau.
Demonstrasi menuntut genosid dihentikan segera juga ‘merebak’ ke beberapa acara kempen pemilihan semula Biden.
“Sebagai persediaan untuk acara hujung minggu ini di Washington DC yang menyaksikan orang ramai berkumpul, langkah tambahan keselamatan awam dilaksanakan berhampiran kompleks Rumah Putih,” kata jurucakap Perkhidmatan Rahsia AS, dipetik Reuters.
Sebelum ini, Biden dan Rumah Putih berpendirian mereka menyokong bantahan aman tetapi bukan kekacauan dan keganasan.
Bantahan di universiti yang berlaku menyebabkan polis membuat tangkapan di kampus untuk menyuraikan perhimpunan terbabit.
Dalam masa sama, aktivis antiperang yang berkhemah di Universiti California, Los Angeles, diserang dengan ganas oleh kumpulan perusuh minggu lalu.
Di tengah-tengah pembunuhan berskala besar di Gaza dengan majoriti mangsanya adalah Wanita dan kanak-kanak, antisemitisme juga dilihat meroket.
BACA JUGA Pemuda Pas dakwa teraniaya kena siasat – Ada beza kritik dengan maki
Â