Pembangkang tak sempat ‘troll’ kerajaan Selangor, tiba-tiba air dah ada

Air Selangor pada awal Jun lalu mengeluarkan notis gangguan bekalan air selama tiga hari membabitkan sebahagian besar kawasan di Selangor dan Lembah Klang. 

Isu gangguan air ini nampaknya dinanti-dinantikan tentera siber untuk menyerang kerajaan.

Beberapa akaun media sosial pro PN menyindir pentadbiran Selangor ketika hari pertama gangguan air berlaku iaitu 5 Jun.

Namun begitu sebahagian besar penduduk sudah pun mendapat bekalan air selepas 24 jam bekalan itu terputus.

Keadaan itu menyebabkan pengguna media sosial yang pro kerajaan menyindir kembali penyokong pembangkang.

Mereka secara sinis menyatakan rasa kasihan kerana penyokong pembangkang atau geng walaun tidak sempat nak ‘membahan’ kerajaan.

“Apa benda tiba-tiba dah ada air balik ni? Takkan sehari je geng pembangkang nak boleh membahan? Patutnya sampai esok,” ciap pengguna X menggunakan akaun @bumilangit.

Hantaran itu mengundang banyak komen sarkastik dari orang ramai yang mengatakan mereka juga marah kepada kerajaan Selangor kerana tiba-tiba sahaja bekalan air sudah dipulihkan.

“Ingat tak nak pergi pejabat sebab tak ada air. Tiba-tiba ada air. Kerajaan Selangor ni scam orang. Jadilah macam negeri-negeri tak ada air atau air karat selalu,” komen netizen.

BACA JUGA Status 7 wakil rakyat sokong PM, MB: MPT Bersatu sudah muktamad keputusan

Â