Suami terkejut jumpa mayat isteri selepas potong perut reptilia ini

Nekad untuk memotong perut ular sawa sepanjang kira-kira lima meter membawa kepada penemuan mayat Farida yang dilaporkan telah hilang semalaman.

Mayat wanita berusia 45 tahun itu ditemui suaminya dan penduduk sebuah kampung di Sulawesi Selatan pada Jumaat lalu.

Memetik laporan AFP, suami Farida menjadi lebih curiga dengan kehilangannya apabila menemui barang milik isterinya di semak berdekatan kawasan kampung.

”Penduduk kemudian mencarinya di lokasi berhampiran sebelum menemukan ular sawa dengan perut yang sangat besar.

“Mereka bersetuju untuk memotong perut ular sawa itu dan sebaik dilakukan, kepala Farida terkeluar serta-merta.

”Farida ditemui lengkap berpakaian, di dalam perut ular berkenaan,” katanya.

Menurut Ketua kampung, Suardi Rosi, ibu kepada empat cahaya mata itu dilapor hilang pada malam Khamis (6 Jun) selepas tidak pulang ke rumah sekali gus memaksa penduduk melakukan pencarian.

BACA JUGA Mohamad ke Jordan ketuai delegasi ke persidangan peringkat tinggi berkenaan Gaza

Â