Rasmi mesin ATM pun sampai sewa khemah, Pas Kelantan dikecam suka membazir
ADUN Perikatan Nasional, Bahari Mohd Nor menjadi bahan sindiran ramai gara-gara merasmikan mesin ATM baharu di kawasan Pasar Pekan Gual Ipoh, Kelantan.
Menerusi perkongsian di Facebook Majlis Tindakan DUN Gual Ipoh, majlis perasmian mesin ATM baharu itu turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud.
Laman Facebook itu berkata, dengan adanya mesin pengeluaran duit untuk penduduk, ia diibaratkan seperti ‘dream do come true’ untuk kemudahan semua.
“Di bandar-bandar biasa je ATM ini. Tapi di tempat ini, ia luar biasa,” kata Nassuruddin ketika melancarkan mesin ATM DUN Gual Ipoh.
Video perasmian tersebut dengan cepat tular di TikTok dan mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan pengguna media sosial.
Mereka sepertinya kurang senang dengan perkara itu, menganggap banyak pembaziran yang telah berlaku hanya untuk merasmikan sebuah mesin pengeluaran duit.
“Nak rasmi mesin ATM pun buat majlis sewa khemah lagi. Bab membazir memang nombor 1 PN ni,” kata @autaman.
“Bagi dia orang itu dah habis maju dah pembangunan yang Pas bawa,” komen @adul.mumin.
“Dekat 30 tahun jadi kerajaan negeri, akhirnya 2024 baru ada satu ATM.. Takdir,” komen Nik Muhammad.
BACA JUGA ‘Nak jual air apanya, kegunaan pun capai 99 peratus’ – UMNO sekolahkan Sanusi