Fadhlina menang 16,000 undi lah bodoh – Rafizi pula sekolahkan Sanusi
Klip video ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu ceramah kempennya di Sungai Bakap tular di media sosial.
Sanusi menjadi sasaran sindiran warganet selepas cubaannya memburukkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tidak berjaya, malah dibalas balik oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Dalam video itu, Sanusi mendakwa Fadhlina memenangi kerusi Parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 100 lebih undi sahaja.
“Tuan-tuan sekalian, menteri pelajaran tu… Dia menang 100 lebih ja kan noh? 100 lebih ja di Nibong Tebal.
“Kita akan pastikan, undi Melayu semua undi PN. Undi Cina, semua undi PN. Undi India pun semua undi PN,” katanya.
Bagaimanapun ucapan tidak berfakta itu dibidas Rafizi dalam ceramahnya semalam.
Rafizi mengingatkan Sanusi bahawa Fadhlina memenangi kerusi Parlimen Nibong Tebal dengan majoriti lebih 16,000.
“Fadhlina menang di Nibong Tebal (dengan) majoriti lebih 16,000 undi bodoh,” katanya dalam satu klip video tular yang kemudian disusuli sahutan hadirin.
Video tular itu menarik perhatian ramai yang menganggap Sanusi dan partinya mensasarkan untuk memperdaya orang yang kurang cerdik.
“Nak mohong pun cekla dulu nusi woii. Yang walaun takbirrrr,” komen pengguna media sosial.
Fadhlina Sidek menewaskan Datuk Mansor Othman daripada Perikatan Nasional (PN), yang merupakan penyandang kerusi Nibong Tebal selama dua penggal, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Hasil semakan, Fadhlina memperoleh undi sebanyak 42,188 menewaskan Mansor yang hanya mendapat undi sebanyak 25,895, dengan majoriti undi sebanyak 16,293.
BACA JUGA ‘Bilakah orang Cina Malaysia akan dapat hak yang sama?’, kumpulan FB ini cetus kebimbangan awam
Â