Kes Zayn Rayyan: Media terus menanti, Mahkamah PJ dikawal ketat
Kompleks Mahkamah, Petaling Jaya hari ini menjadi tumpuan orang ramai termasuk pengamal media bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes reman ibu bapa kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang dibunuh.
Namun kompleks itu dikawal ketat pihak berkuasa dan hanya memberi kebenaran masuk kepada pihak yang mempunyai urusan.
Pada jam 9.20 pagi, pengamal media akhirnya dibenarkan berkumpul di lobi mahkamah.
Kompleks itu dikawal ketat pihak berkuasa sejak ketibaan orang ramai dan pengamal media pada jam 7.30 pagi.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Semalam pula media melaporkan kehadiran pasangan suami isteri itu di kediaman serta lokasi mayat kanak-kanak itu ditemukan adalah sebahagian proses melengkapkan siasatan kes.
BACA JUGA Peniaga Pasar Payang terkejut sewa naik mendadak, dulu RM110 sekarang cecah RM400
Â