Hujan lebat, ribut petir diramal melanda empat negeri ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 2 petang nanti.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Kenyataan itu memaklumkan, ia merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran

”Kawasan yang dijangka terlibat adalah Petaling di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

”Selain itu, dua lagi negeri juga diramal menghadapi cuaca sama iaitu Melaka dan Negeri Sembilan yang melibatkan kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembau,” maklum jabatan itu, hari ini.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui maklumat terkini cuaca.

BACA JUGA Kantoi dah dapat ‘fleet card’ tapi umum naik harga, KPDN panggil 10 syarikat

Â