MHO gesa polis siasat wartawan Malaysia kaitan pendirian pro-Israel
FOTO BERITA: Sidang Media oleh Dato’ Hishamuddin Hashim Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) tentang seorang individu warganegara Malaysia yang menggambarkan dirinya sebagai jurnalis politik Amerika berhaluan kanan dan pro-Zionis di Megan Avenue, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. 6hb Jun 2024 (Khamis)
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan MHO menggesa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perseku6tuan Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, menyiasat seorang wartawan Malaysia yang didakwa mempunyai pendirian pro-Israel.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia, Datuk Hishamuddin Hashim (gambar), NGO itu membuat laporan polis terhadap wartawan berkenaan kerana menerbitkan kandungan mengenai isu Israel-Palestin yang berunsur hasutan dan menghasut, dengan kecenderungan yang ketara terhadap Israel.
Kami mempunyai banyak hantaran, kenyataan dan ciapan oleh seorang wartawan Malaysia yang pro-Israel. Saya percaya individu ini perlu disiasat di bawah undang-undang sedia ada – Hishamuddin
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) perlu mengambil tindakan berdasarkan undang-undang kerana individu ini, sebagai warganegara Malaysia, telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia. Dia perlu disiasat. Sekiranya siasatan membuktikan beliau bersalah, kami berharap kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan.
Pada Disember tahun lalu, seorang lelaki Malaysia yang muncul dalam video oleh seorang influencer Israel yang menyatakan sokongan kepada Israel telah ditangkap oleh polis dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia