Agensi pelancongan, operator bas di Singapura dah ‘menggelupur’, itu pun pembangkang marah subsidi bersasar

Agensi pelancongan dan operator bas di Singapura dilapor akan menaikkan harga masing-masing selepas Malaysia melaksanakan langkah subsidi diesel bersasar.

Tindakan pihak terbabit menggambarkan selama ini subsidi diesel negara terlalu banyak bocor.

Dalam masa sama, reaksi ‘menggelupur’ segmen komersial Singapura itu bukti kewajaran kerajaan Madani menyusun semula subsidi diesel negara supaya ia lebih bersasar.

Bayangkan puluhan tahun taikun dari jiran tetangga kaya raya menikmati subsidi pukal diesel negara ini.

Malah, rekod telah membuktikan subsidi diesel negara melonjak 10 kali ganda kepada RM14.3 bilion pada 2023, berbanding hanya RM1.4 bilion pada 2019.

Oleh sebab itu, langkah strategik penyusunan semula subsidi diesel dengan menjadikannya lebih bersasar menerusi Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) akan dapat menyelamatkan berbelas bilion duit negara.

Sebelum ini, diesel bersubsidi negara ini dijual pada harga RM2.15 seliter untuk kenderaan komersial dan peribadi.

Padahal, harga diesel di Singapura mencecah RM8.87 seliter dan RM4.12 seliter di Thailand.

“Itupun PN, MUDA bebal marah. Harga naik? Mohonlah ‘fleet card’. Kerajaan dah bagi jalan keluar,” tempelak pengguna X, @arfnamn.

BACA JUGA Kantoi dah dapat ‘fleet card’ tapi umum naik harga, KPDN panggil 10 syarikat

Â