Calon PN cakap tak serupa bikin, dulu gelak besar sekarang dia pula ‘sorok’ kelayakan akademik

Calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dilihat cakap tak serupa bikin apabila pernah mengutuk musuh politiknya berhubung isu kelayakan akademik.

Abidin Ismail, 56, yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong pernah mengulas dakwaan seorang pemimpin Bersatu Pulau Pinang yang dituduh memiliki ijazah sarjana muda palsu.

“Masalahnya mengapa harus menipu itu isunya. Amat memalukan.. mereka akan sedaya upaya mempertahankan walaupun dalam hati mereka rasa malu,” tulisnya pada 2019.

Walau bagaimanapun poster Abidin sebagai calon N.20 Sungai Bakap sama sekali tidak menyertakan maklumat berkenaan kelayakan akademik yang dimiliknya.

Nama Abidin jadi bualan orang ramai apabila diumumkan sebagai calon yang mempunyai kemampuan hebat kerana memiliki sijil ISO 14001 Environmental Management System (EMS).

‘Misteri’ latar belakang pendidikan Abidin dilihat jauh berbeza dengan calon Perpaduan,
Dr Joohari Ariffin.

Mesra dikenal sebagai Cikgu Joo, beliau merupakan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara.

Cikgu Joo memiliki ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Sebelum itu, guru berkenan menuntut di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Islam (Ijazah Sarjana Muda) sebelum mengambil Diploma Pendidikan (DPLI).

BACA JUGA Moderator ‘Tanyalah Ustaz’ rupanya anak Cikgu Joo

Â