YB bahagia beritahu ‘pereboh’ lembu, jamah pulut ikan rebus, rakyat mengeluh hampir seminggu tiada air
Seorang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) di Kelantan menjadi sasaran kritikan penduduk tempatan selepas memberitahu ‘pereboh’ (jatuhkan untuk ibadah korban) empat ekor lembu sempena Aidiladha.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diingatkan untuk menyelesaikan segera masalah air yang sekian lama berlaku.
“Mulakan pagi dengan pulut ikan rebus. Harini 4 ekor lembu nok pereboh,” tulisnya di Facebook.
Namun, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu hanya mengundang aduan dan luahan rasa tidak puas hati rakyat berhubung isu kritikal bekalan air.
“YB ejah gi melawat rakyat di Padang Selising Machang etek ehh. Banyak hari tiada air ni! Berkempen masa mengundi kemain lagi.
“Air tiada tu. Ejas hok tu la sebagai YB. Bab pereboh lembu, ramai lagi boleh buat,” demikian antara keluhan penduduk Machang.
Hal sama juga disuarakan pengguna Facebook, Zarina Jusoh yang meminta “tolong sangat-sangat” agar Wan Ahmad Fayhsal berhubung dan bertegas dengan pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
“Cakap kepada AKSB tu tolong jangan asyik tutup air, tambah-tambah raya (korban) ni. Kalau hari lain boleh kiro, dua hari ada air, lima hari tak dok air.
“Ni musim raya tak dok setitik air ni sejak hari Khamis (13 Jun) lagi. Kasihanlah pada kami. Tambah-tambah hok ada anak kecik main dengan (tiada air) dekat seminggu dah ni terutama kawasan Padang Selising.
“Nyanyo la kokre. Minta tolong sangat-sangat…” keluh Zarina lagi.
BACA JUGA 11 fakta dinafi golongan yang menyalak kerajaan ‘Mahaldahni’
Â