Esok nak konsert, Alan Walker baru umum batal

Ada peminat sudah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Australia dan Jepun tetapi Alan Walker mengumumkan Konsert Walkerworld Tour 2024 dibatalkan.

Patut berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor, pemuzik yang dikenali dengan genre Electronic Dance Music (EDM) itu meluahkan kekecewaan.

Penghibur berusia 26 tahun itu menyatakan alasan konsert tersebut ditunda akibat perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Beberapa minggu kebelakangan ini, saya bersama pasukan sudah bekerja keras menyusun persembahan Walkerworld terbesar di Kuala Lumpur, Sabtu ini (esok).

“Lawatan saya ke Kuala Lumpur beberapa minggu lalu untuk mempromosikan konsert ini di mana saya berpeluang bertemu dengan peminat di Malaysia, membuat kami lebih teruja untuk persembahan ini.

“Namun, dengan rasa sedih, saya ingin memaklumkan bahawa disebabkan keadaan tidak dapat dijangka, iaitu sepenuhnya di luar kawalan saya dan pasukan saya. Kami terpaksa tunda persembahan Walkerworld di Malaysia kepada tarikh lain tahun ini,” katanya dalam hantaran dimuat naik hari ini.

Sehubungan itu, Walker meminta maaf kepada peminat dan menyatakan kesediaan untuk kembali ke Malaysia pada masa akan datang.

“Saya minta maaf atas pengumuman yang lewat ini dan mengecewakan anda semua. Tetapi saya berjanji kami akan tunaikan komitmen kami kepada setiap seorang daripada anda yang sudah membeli tiket untuk persembahan ini dan bersabar menunggu Walkerworld tiba di Malaysia.

“Bagi anda yang tidak mahu atau tidak dapat menunggu sehingga kami kembali, anda boleh meminta bayaran balik tiket daripada penganjur tempatan, Megatix.

“Sekali lagi, kami mohon maaf dengan setulus hati kerana tidak dapat meneruskan persembahan ini seperti yang dirancang dan diharapkan.

“Saya benar-benar berharap dapat berjumpa dengan anda semua pada musim luruh nanti,” ujarnya lagi.

BACA JUGA ‘Siapa yang izinkan syarikat Israel beroperasi dulu?’, bidas PM Anwar

Â