DAP, tolonglah ucap terima kasih kepada Pas

Pempengaruh, Wan Mahussin Wan Zain secara sinis menyeru supaya DAP mengucapkan terima kasih kepada Pas.

Beliau ‘mengkritik’ DAP dan menyifatkan parti komponen Kerajaan Perpaduan itu sebagai sombong sehingga tak pasal-pasal UMNO pula dicop barua DAP.

Seruan Wan Mahussin menerusi TikTok itu diselang seli dengan sedutan ceramah pemimpin Pas yang menyokong DAP semasa era tahaluf siyasi atau kerjasama politik.

“Adakah kita tahaluf DAP, parti itu memerangi kita kerana pegangan agama kita? Jawabnya tidak.

“Adakah DAP menghalau kita dari kampung halaman? Jawabnya tidak,” kata Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang kini Menteri Besar Kelantan.

Dalam masa sama, Wan Mahussin menambah penyokong-penyokong Pas malah mengenakan pakaian berlogokan DAP selain berpurdah lambang DAP serta menggelar Lim Guan Eng sebagai Saidina Umar Abdul Aziz.

“Jadi, ucaplah terima kasih kepada mereka (Pas).

“Hari ini Umno digelar barua DAP kerana anda (DAP) tak bersyukur dan tak menghargai jasa-jasa mereka (Pas).

“Hebatnya penyokong-penyokong Pas mendaulatkan DAP sehingga DAP diterima oleh orang Melayu dan ada kalangan pemimpin DAP juga terdiri daripada orang Melayu.

“Inilah jasa terbesar Pas kepada DAP. DAP, tolonglah ucapkan terima kasih kepada Pas. Kesian mereka,” tempelaknya.

Beliau turut berpendapat Pas tidak boleh menerima kenyataan mereka sekarang berada di pihak oposisi.

“Parti yang mereka (Pas) tolong, keluarkan dalil (menyokong), berikan penerangan akhirnya menjadi kerajaan meninggalkan Pas sebagai pembangkang.

“Kesian Pas, tau. (DAP) ucaplah terima kasih kepada Pas, Presiden Pas kerana jasa andalah, DAP disokong oleh orang Melayu.

“Terima kasih Pas. Buatlah macam tu. Anthony Loke, buatlah kenyataan sikit,” usik Wan Mahussin lagi.

Untuk rekod, Pas pernah menjalin kerjasama politik atau gemar disebut parti itu sebagai tahaluf siyasi dengan DAP menerusi Pakatan Rakyat (PR).

Namun, hubungan politik itu akhirnya terlerai apabila Muktamar Dewan Ulama Pas pada Jun 2015 sebulat suara meluluskan usul tergempar iaitu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.

@wanmahussinbinwanzain

DAP ni memang sombong…tak pasal-pasal UMNO di cop baru DAP.

♬ Renungan Islami – Muhammad Hidayatullah

BACA JUGA Dulu PM7 jumpa Blackrock minta masuk melabur, sekarang dia pula tanya

Â