Usai sudah musim Haji 1445H, pemegang kunci Kaabah pun meninggal dunia
Ketua Pemegang Kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al-Shaibi meninggal dunia selepas selesai musim Haji 1445H/2024.
Menurut portal haramain.com, solat jenazah diadakan di Masjidil Haram dan pengebumian di Tanah Perkuburan Al Mu’alla di Mekah.
Untuk rekod, Saleh Al-Shaibi dilantik sebagai penjaga Kaabah pada 2013 selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia.
Pada masa ini, fungsi penjaga terhad kepada pembukaan dan penutupan Kaabah.
Istana Diraja, Kementerian Dalam Negeri dan pasukan kecemasan akan menyelaras dengan penjaga jika terdapat tetamu negara.
Bani Shaiba menjadi penjaga kepada kunci Kaabah dengan bertugas menjaga tempat suci itu, termasuk membuka dan menutup pintu Kaabah, menjaga dan mencuci Kishwah, kain besar yang menutup Kaabah.
Kunci yang dijaga itu diperbuat daripada nikel, disalut dengan emas 18 karat manakala panjangnya pula 35 sentimeter.
Kunci itu disimpan dalam sebuah beg hijau dengan sulaman emas di atasnya tertera petikan yang tertulis: “Allah perintahkan kamu melakukan tugas kamu demi umat.”
BACA JUGA Dulu PM7 jumpa Blackrock minta masuk melabur, sekarang dia pula tanya