‘Orang Sungai Bakap, tak perlu pening-pening’
Seorang TikTokers dikenali Afnan Omar ‘menasihatkan’ masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap agar jangan pening kepala menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan.
Ini kerana katanya, DUN tersebut sudah mempunyai calon yang selayaknya untuk memimpin penduduk di sana.
Individu yang dimaksudkannya adalah calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Joohari Ariffin yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada saingan kali ini.
“Beliau (Cikgu Joo) anak jati Sungai Bakap, orangnya berpendidikan tinggi ada ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM).
“Bukan itu sahaja, malah beliau juga merupakan bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki (cawangan utara).
“Jadi orang Sungai Bakap, tak perlu sakit kepala, tak payah pening-pening, undilah Cikgu Joo kerana beliau calon yang selayaknya diangkat sebagai wakil rakyat di Sungai Bakap,” katanya dalam laman sosialnya itu.
Menurut Afnan lagi, selama calon PH itu berkhidmat sebagai guru, beliau sudah banyak kali menerima Anugerah Perkhidamatan Guru Cemerlang dan pernah juga dinobat sebagai Tokoh Guru Inovatif.
Dalam pada itu, Dr Joo turut menzahirkan rasa terhutang budi beliau kepada penyokong dan pengundinya.
Katanya, beliau akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan perkhidmatan terbaik sebagai mengenang jasa pengundi sekiranya diberikan mandat pada PRK nanti.
“Teruskan menyokong dan yang paling penting adalah hadir beramai-ramai pada hari mengundi.
“Tidak cukup hadir pada hari mengundi, tetapi yang lebih penting adalah pangkah calon nombor satu iaitu saya,” ujar beliau.
PRK pada 6 Julai ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu iaitu antara calon PH-BN dan Perikatan Nasional (PN).
Joohari akan menentang bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail, atau Abang Bidin yang mewakili PN.
PRK Sungai Bakap diadakan susulan kekosongan luar jangka apabila penyandangnya Nor Zamri Latiff daripada Pas meninggal dunia pada 24 Mei lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian adalah pada 6 Julai depan.
Tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.
BACA JUGA Saifuddin bidas pihak jadikan pilihan raya tempat tentukan akidah pengundi
Â