Satu lawan satu PH dengan PN di N.20 Sungai Bakap

FOTO BERITA: Hari Penamaan Calon Pilihan Raye Kecil (PRK) Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Jalan Serindit, Taman Desa Jawi, Pulau Pinang. 22hb Jun 2024 (Sabtu)

Proses penyerahan borang pencalonan bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 10 pagi di Dewan Serbaguna Jawi di Taman Desa Jawi, Nibong Tebal.

Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim, mengumumkan pihaknya menerima pencalonan calon PH, Dr Johari Ariffin, 60, pada jam 9.03 pagi, sebelum disusuli calon PN, Abidin Ismail, 56.

Calon PH Cikgu Johari Ariffin memperkenalkan PADU iaitu Prasarana, Akhlak, Damai, Untuk semua.