Motosikal, bila diisi diesel memang matilah Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man diminta memberi bukti, apakah jenis motosikal yang digunakan oleh rakyat negara ini yang menggunakan diesel.

Ini kerana, ketika memberikan ceramahnya di Sungai Bakap, beliau memberikan contoh bagaimana seorang pakcik telah berhenti di tengah jalan kerana kehabisan minyak.

“Saya teringat ada seorang pakcik dia heret motor. Saya tanya, kenapa pakcik, motor rosak ke?

“Tak habis minyak. Dulu letak RM5 sampai rumah, sekarang bubuh RM5 tak sampai rumah.

“Itulah akibat dia,” kata Ahli Parlimen dari Pas itu ketika mengkritik pemberian subsidi diesel bersasar berbanding subsidi pukal oleh kerajaan.

Ekoran ucapan itu, ramai netizen tertanya-tanya, motosikal mana di Malaysia yang pakai diesel ini.

Aktivis media PKR, Iswardy Morny pula berkata, pakcik itu terpaksa menolak motornya kerana tersalah masukkan minyak diesel ke dalam motosikalnya yang sepatutnya menggunakan petrol.

“Nak bagitau Tuan Ibrahim Tuan Man, pakcik naik motor tu tak sampai sebab enjin rosak. Masuk diesel dalam tangki kompom oberhol (overhaul) motor,” tulis beliau dalam facebooknya.

“Nampak sangat cerita rekaan buat bahan kempen. Kaki temberang betul,” kata Mohammad Mhd Ketika mengulas pandangan Iswardy itu.