Nasib enam MP Bersatu dijangka jadi tumpuan Dewan Rakyat pagi ini

Sidang Parlimen yang akan berlangsung jam 10 pagi nanti dijangka akan menjadi tumpuan ekoran kedudukan enam Ahli Parlimen Bersatu yang masih belum diputuskan.

Keenam-enam wakil rakyat pembangkang itu telah dilucutkan keanggotaan, menyebabkan notis pengosongan kerusi dihantar oleh Bersatu kepada Speaker.

Mengikut laporan media, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan membuat keputusan mengenai perkara itu  pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat.

Keputusan menghentikan keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu adalah disebabkan mereka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia melibatkan Ahli Parlimen Jeli dan Gua Musang (Kelantan), Bukit Gantang dan Kuala Kangsar (Perak), Tanjong Karang (Selangor) dan Labuan (Wilayah Persekutuan).

Sementara itu, berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen Malaysia, antara isu yang akan dibangkitkan pada hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini adalah berkaitan isu kenaikan harga keperluan asas.

Perkara itu akan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot, manakala Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan membangkitkan isu bagi mempertahankan kedaulatan rakyat Palestin di Gaza.

BACA JUGA Harga telur turun 3 sen sebiji, Peniaga tak sangka dapat jimat RM500 sebulan