Menteri Kewangan 2 sekolahkan bekas menteri cara uruskan negara

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah tenang membalas hujah penuh emosi Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin di Dewan Rakyat berhubung penyasaran subsidi diesel.

Radzi ketika sesi pertanyaan, melabel kerajaan sebagai “kerajaan lembu kenyang” kerana katanya tidak mendengar suara rakyat.

Bagaimanapun perkara itu ditepis oleh Amir yang menegur Radzi agar tidak berbicara dengan emosi semata-mata untuk memanaskan sidang Dewan.

Dalam penjelasannya, Amir memperbetulkan ayat Radzi bahawa diesel tidak pernah dinaikkan sebaliknya hanyalah disasarkan kepada golongan yang betul-betul layak.

“Yb Putrajaya naikkan suhu Dewan dengan cara yang hangat sekali. Tapi saya tidak suka bercakap dengan emosi. Saya suka bercakap bila kita ada data. 

“Kita bercakap secara rasional kerana ini bukan isu politik. Ini isu negara. Biar saya tekankan beberapa perkara. Yang pertama kita kata inilah penyasaran subsidi. 

“Ini bukan pemansuhan subsidi. Ini bermakna kita mengambil subsidi daripada mereka yang tak layak dapat,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

Kata beliau, kerajaan tidak mahu lagi subsidi dimanfaatkan penyeludup dari negara jiran, justeru ia disasarkan supaya hanya disalurkan kepada rakyat Malaysia.

Dewan juga bertukar sedikit riuh ketika Amir bertanya kepada pembangkang, mengapa kerajaan perlu membantu orang yang bukan rakyat Malaysia.

“Siapa yang tak layak dapat subsidi dalam negara ini? Kita tak nak bagi subsidi pada orang Thailand. Buat apa kita subsidi orang Thailand.

“Mana pergi minyak yang dibawa keluar tu? Dia pergi ke negara jiran. Itu duit rakyat kita. Kenapa kita masih nak menolong penyeludup yang bukan rakyat kita. 

“Kalau kita tengok cara macam tu, apa yang kita dapat? Kita dapat penjimatan RM4 bilion. Untuk buat apa? Untuk meningkatkan kehidupan rakyat.

“Kita bina sekolah, kita perbetulkan sekolah, kita perbetulkan hospital yang ada. 

“Macam saya cakap tadi, bila kita dapat penjimatan, kita salur untuk kegunaan rakyat. Yang itulah usaha kerajaan untuk membaikkan negara. Ini bukan nak menyusahkan,” ujarnya lagi.

BACA JUGA Heboh menantu YB Pas didakwa guna duit derma lariskan produk sendiri

Â