Momok Thanos hingga lulusan Oxford boleh masuk jerat
Oleh LIYANA MARZUKI
Semalam ada beberapa rakan follower minta saya ulas mengenai PRK Sungai Bakap. Jadi begini:
1) Barometer
PRK Sungai Bakap ini lagi signifikan daripada PRK KKB bulan lepas. Ia memberi barometer (atau penyukat) sokongan kepada pembangkang dan kerajaan.
Satunya, menyukat masih ada ke lagi gelombang hijau. Sekiranya, Pas dapat kekalkan kerusi dengan peratus sokongan yang bertambah, ini makanya gelombang hijau kekal sehingga PRU16.
Ia juga menjadi sukatan sokongan kepada Kerajaan Madani. PRK KKB bulan lalu, kita saksikan peratus undi Melayu dan penjawat awam naik dan bertambah kepada kerajaan.
Adakah prestasi baik ini boleh dikekalkan, selepas pengumuman penyasaran subsidi dibuat? Itu akan kita lihat.
PN juga akan tunggu dan lihat keputusan PRK ini. Menjadi bayang-bayang untuk 6 PRK akan datang, sekiranya Speaker Dewan Rakyat setuju untuk kosongkan kerusi, bagi ahli Bersatu yang sokong Kerajaan Madani.
Walaupun saya tidak rasa Speaker akan buat sedemikian, dia ada loophole undang-undang yang boleh digunakan.
Namun dalam apa jua keadaan, kalau Pas kalah di PRK SB, PN akan goyang. Gung-ho nakkan 6 PRK baru itu akan reda sedikit. Belum tentu mereka boleh menang.
2) Smoke screen
PN tahu mereka bergantung sepenuhnya kepada undi Melayu. Pengundi Melayu 59% namun berpecah.
Majoriti undi Pas ketika PRN pun tidak banyak. Hanya 1,000 lebih sahaja. Ada kemungkinan akan turn turtle.
Itu sebab anda lihat, dua hingga tiga minggu ini Master Propgandist buat smoke screen membantu sekutunya.
Keluar IJN, beliau ungkit isu Blackrock dan Palestin. Ini semua “momok” yang selalu diguna apabila dekat pilihan raya. Cuma kali ini beliau buat diversion di peringkat nasional.
Pada saya, mengumpan PM untuk membalas. Provoking PM to insult him, that’s a brownie point untuk PRK especially among Malay Muslim.
Setakat ini, saya lihat PM tak melayan. Menteri lain pun acah-acah bolayan. Mereka faham sangat, bekas boss bukan? Dunia politik kita dah lama jadi Keluarga 69.
Strategi Thanos kita ini boleh dibaca. Apabila dia melakukan provokasi dia nak orang fokus pada dia.
Memberi ruang kepada rakan sekutu PN fokus kepada Sungai Bakap. Propaganda jual negara, proksi Amerika dan boneka IMF akan terus dijual kepada orang Melayu tanpa sekatan di situ.
Thanos atau Master Propagandis ini kita fahamlah. Memang dia selalu buat macam itu.
Yang kita tak boleh brain, kenapalah MP Tingkat 4 lulusan Oxford boleh masuk jerat.
Isu Blackrock yang dia angkat backfired kepadanya. Buat dia makin hilang base jua.
Patutnya dia fokus awal-awal atas GIP sahaja. Sekarang sudah mula hilang kredibiliti.
Itu akibatnya bila bermain dengan Thanos Malaysia. Siapa yang dekat akan kena snap jua.
BACA JUGA Heboh Pas gaduh di Sungai Bakap pasal ‘calon ISO’, pusat khidmat pun rupanya dah tutup