Ahli UMNO diyakini undi calon Kerajaan Perpaduan
Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, berkata culaan dan reaksi pengundi UMNO yang diterima ketika berkempen, terhadap calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin amat positif.
Menurutnya, momentum itu sekali gus menampakkan peluang cerah seterusnya dapat mengembalikan semula kerusi Sungai Bakap kepada PH.
“Keadaan sekarang kita nampak positif dengan gerak kerja yang dilancarkan bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) dan juga UMNO di lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM).
“Insya-Allah kita nampak akan beroleh kejayaan pada 6 Julai ini,” lapor BH.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan akan berlaku peralihan undi ahli UMNO bagi PRK Sungai Bakap selepas Ceramah Perpaduan di Padang Lalang, Simpang Ampat, malam tadi.
Mohamad berkata, berbaki seminggu lagi kempen jentera perpaduan akan meneruskan program menyantuni pengundi termasuk ceramah.
“Dalam tempoh (kempen) berbaki beberapa hari lagi kita akan teruskan kerja siang dan malam termasuk mengadakan ceramah kelompok,” tambahnya.
Kerusi DUN Sungai Bakap yang berada di bawah Parlimen Nibong Tebal sebelum ini disandang Nor Zamri Latiff yang juga Yang Dipertua Pas kawasan.
BACA JUGA Tak hargai subsidi petrol, ada yang lama hidupkan enjin, enggan guna MRT
Â