Heboh netizen anggap Syed Saddiq kena ‘tunggang’
Larian ultra marathon Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berakhir hari ini mengundang bualan netizen yang tidak puas hati dengan kemunculan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (WAF).
Kehadiran Ahli Parlimen Machang daripada Bersatu yang secara tiba-tiba itu dipersoal pengguna media sosial dan menyifatkan Syed Saddiq seperti kena ‘tunggang’.
WAF juga dilihat mahu bercakap semasa sidang media Syed Saddiq sehingga pelari 200 km yang sejak tiga hari berlari itu terpaksa sedikit meminggir ke tepi untuk memberi ruang kepada Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkenaan.
Petikan video aksi spontan WAF ‘menyelit’ dalam sidang media itu tular di media sosial dengan rata-rata berpendapat begitu mudah rupanya ‘curi spotlight‘.
Penyertaan WAF bersama Syed Saddiq dalam larian sejauh kira-kira 4 km terakhir pagi tadi turut mengingatkan orang ramai mengenai perseteruan terbuka kedua-dua ahli politik berkenaan sebelum ini.
Pada 2021, Syed Saddiq mendakwa, WAF cuba memujuknya untuk kembali kepada Bersatu dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Kata Syed Saddiq, ajakan tersebut dilakukan sebelum beliau didakwa di mahkamah.
Untuk rekod, tahun lalu Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan RM10 juta denda dan dua kali sebatan.
Hukuman terhadap mantan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu
berkaitan empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Armada.
“Kalau saya ni jahat sangat curi duit Armada, kenapa datang jumpa saya sebelum saya didakwa untuk sokong Perdana Menteri? Truth will prevail.
“Enjoy your “Surat sokongan” while it last,” sindir Syed Saddiq ketika berbalas kenyataan dengan WAF di platform X yang dulunya dikenali sebagai Twitter pada 4 Ogos 2021.
Sebelum itu, WAF mengeluarkan kenyataan yang turut mengundang reaksi tidak senang dalam kalangan pemimpin Armada ketika itu.
“Duit Armada kena sapu, sampai kena charge CBT, AMLATFPUAA. Financial record tak buat.
“Penerangan hancur. Governance ke laut. Kepimpinan baru naik tak ada apa-apa dokumen ditinggalkan. Bila budak tak habis belajar diberi amanah, memang hancur organisasi!” kecam WAF lagi.
BACA JUGA Tak pasal-pasal 8 pengusaha stesen minyak di Kelantan kena denda RM24,000