Akta 852 akan dikuatkuasa sepenuhnya Ogos ini – Dr Dzulkefly

Menteri Kesihatan mengumumkan akan menguatkuasakan sepenuhnya peraturan dan perintah di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), Ogos depan.

Ia jaminan yang diberikan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika membalas pertanyaan seorang warga maya tentang penguatkuasaan akta terbabit berkait isu vape.

Menurut Dr Dzulkefly, akta itu akan merangkumi pendaftaran, penjualan, pembungkusan dan pelabelan serta satu perintah berkaitan larangan merokok di tempat awam.

Katanya, semua peraturan dan perintah ini akan dikuatkuasakan serentak dengan Akta 852 termasuk rokok elektronik

“Tiga peraturan sudah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan dua lagi peraturan dan satu perintah tambahan kini dalam proses kelulusan.

“Peraturan dan Perintah akan dikuatkuasakan bersama Akta 852 pada Ogos 2024 apabila semuanya teratur. Insya-ALLAH tiada tangguh lagi,” katanya menerusi aplikasi X.

Beliau mengulas mengenai kenyataan beberapa pihak yang mempersoalkan kelewatan penguatkuasaan Akta 852 yang masih lagi tertangguh pelaksanaannya.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, beliau memahami keresahan pelbagai pihak berhubung kelewatan pelaksanaan penguatkuasaan akta tersebut.

“Saya benar-benar memahami keresahan (orang ramai) disebabkan kelewatan dalam pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) ini.

“Saya memohon empati anda bahawa KKM sedang berusha sebaik mungkin untuk mendapatkan pengesahan AGC berhubung kelulusan peraturan dan perintah ini,” katanya.

BACA JUGA Ahli kariah surau dakwa dapat info ‘agenda rahsia politik PMX’

Â