‘Banner’ Abang Bidin tiba-tiba terjatuh, ini reaksi netizen

Tular di laman TikTok banner yang mengandungi gambar calon Perikatan Nasional (PN) PRK Sungai Bakap, Abidin Ismail terjatuh selepas ditegakkan kali kedua.

Menerusi video berkenaan, banner itu terjatuh dua kali ketika sesi bual bicara sedang berlangsung di tepi sebuah tasik.

Terdapat dua banner yang diletakkan iaitu di sebelah kiri dan kanan barisan panelis.

Pada mulanya, dua banner itu jatuh serentak tetapi dapat diselamatkan, kemudian banner di sebelah kanan pula terjatuh buat kali kedua.

Situasi itu sekali gus mengundang pelbagai komen netizen yang mengaitkannya dengan pilihan raya di DUN Sungai Bakap.

”Apa tandanya itu?

”Eh, tetiba tumbang banner. Petanda awal.

Banner tu yang tak ada ISO.. bang din ok je,” demikian antara komentar warga maya.

Malah, ada juga netizen yang ‘mata tajam’ mengkaji pergerakan pokok di belakang lokasi berkenaan.

”Kalau ramai perasan, pokok belakang tak goyang…,” kata Asraf.

Bagaimanapun, dalam video tersebut, turut terdengar suara salah seorang daripada tetamu atau panelis yang memberi reaksi spontan tentang kejadian itu.

”Nampak dak.. tu tanda-tanda bahawasanya kita nak menang (PRK kali ini),” katanya.

PRK pada 6 Julai ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu iaitu antara calon PH-BN dan Perikatan Nasional (PN).

Calon Perpaduan iaitu Dr Joohari Ariffin akan menentang bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail yang mewakili PN.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kekosongan luar jangka apabila penyandangnya Nor Zamri Latiff daripada Pas meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.

BACA JUGA Selangor berjaya cipta rekod sumbang 25.9 peratus kepada KDNK negara

Â