PM bidas politik kebencian dimainkan pembangkang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak terganggu dengan politik kebencian yang dimainkan pembangkang untuk menyerangnya.

Beliau menyifatkan persekitaran politik negara terlalu menebal dengan kebencian kerana apa yang dilaksanakan kerajaan sering kali dijadikan isu politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Apa saja mereka tak panggil saya. Tidak ambil gaji dihina, banteras rasuah dihina. Mengenai BlackRock pun mereka kata saya ejen Yahudi, baik dengan Hamas pun dihina.

“Saya hanya jawab sikit-sikit tapi sering kali saya tak peduli kerana saya fikir kita punya tugas (lagi berat) dan ia tidak mudah. Fakta tidak sama sekali dipedulikan, yang dilontarkan hanya kebencian.

“Apakah ini harus mengganggu kita? Tidak, ia tidak akan ganggu kita,” katanya pagi ini di hadapan 700 kakitangan warga Kementerian Kewangan.