PN terus kekal dalam kepompong yang sama, susah nak keluar, Shahril bidas Hadi

Perikatan Nasional (PN) disifatkan kekal dalam kepompong yang sama dan sukar untuk keluar daripada naratif perkauman, kata bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Beliau mempersoalkan mengapa pemimpin oposisi tidak melaksanakan kerja sebagai pembangkang sebaliknya hanya menakutkan orang dengan sentimen rasisme.

“Kalau mahu mengekalkan naratif konservatif yang ada unsur menakutkan orang ini, kenapa tak buat polisi semasa Pas dan Umno bersama dalam Muafakat Nasional (MN)?

“Sekarang ini figura PN apa yang mereka buat? Ini termasuklah di Selangor, Datuk Azmin Ali, yang menang bergaya dalam PRN tetapi tidak nampak apa yang boleh dibanggakan oleh penyokong PN,” soalnya dalam siaran podcast Keluar Sekejap.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan PN yang dianggotai Tan Sri Abdul Hadi Awang selaku Presiden Pas sebenarnya gagal memainkan peranan sebagai pembangkang.

Keluhan Shahril itu dilihat bertepatan dengan realiti pembangkang ketika kerajaan diterajui gabungan PH dan BN pada masa ini.

Ketika era Kerajaan Madani ini, gabungan pembangkang cenderung mengadu domba dan menabur fitnah atas sentimen agama dan perkauman sempit.

Tugas PN sebagai pembangkang di Malaysia pada masa ini juga kerap meletakkan segala kesalahan terhadap PMX selain tuduhan PH liberal serta mengulang dakwaan kerajaan akan bertukar.

Malah, pembangkang melalui tentera siber mereka kelihatan obses dengan apa yang mereka dakwa sebagai penyakit dihidapi Perdana Menteri.

@shinkirol

#FYP Shahril mengkritik PN yang tidak menjalankan kerja sebagai pembangkang. @Shahril Hamdan @Khairykj

♬ original sound – Kiro – Kiro

BACA JUGA Alhamdulillah, hujan dah di Kelantan

Â